Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Articles

Dasar Penajaan Untuk Pelajar-Pelajar Sarawak di Institusi Pengajian Tinggi.

PENERANGAN DASAR PENAJAAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR SARAWAK DI IPTA

Satu mesyuarat antara Yayasan Sarawak dengan PTPTN, MARA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah diadakan pada 2 Disember 2010, bagi membentuk satu rangka kerjasama atau permuafakatan berhubung dengan penajaan pelajar-pelajar Sarawak yang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi.

Keputusan hasil daripada mesyuarat tersebut akan dijadikan sebagai rujukan serta garis panduan dalam proses penajaan atau pemberian pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar Sarawak, dan sekaligus menjadi dasar penajaan terkini Yayasan Sarawak. Tarikh pelaksanaan berkuatkuasa pada 2 Disember 2010.

Perinciannya adalah seperti yang digariskan pada perenggan di bawah.

DASAR PENAJAAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR SARAWAK DI IPT.

1/ Pelajar Sarawak yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD dan professional samada secara sepenuh masa atau separuh masa di IPTA/IPTS adalah DISARANKAN supaya memohon pinjaman PTPTN terlebih dahulu;

2/ Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan pinjaman PTPTN mereka telah TIDAK BERJAYA atau DITOLAK, maka Yayasan Sarawak akan membantu untuk memberikan pinjaman DENGAN SYARAT pelajar perlulah mengemukakan surat penolakan daripada PTPTN sebagai bukti atau pengesahan bahawa permohonan mereka telah ditolak atau tidak Berjaya;

3/ Yayasan Sarawak bersetuju untuk membantu menaja pelajar yang mengikuti program yang dijalankan kurang daripada 2 tahun kerana dasar penajaan PTPTN tidak memberikan penajaan kepada kursus yang dijalankan kurang daripada 2 tahun;

4/ Pelajar Sarawak yang belajar di IPTS/IPMA adalah disarankan supaya memohon pinjaman daripada MARA. Sepertimana persetujuan yang dicapai pada perenggan 2 di atas, Yayasan Sarawak akan membantu sekiranya permohonan seseorang pelajar untuk mendapatkan pinjaman MARA tidak berjaya;

5/ Yayasan Sarawak bersetuju untuk terus memberikan bantuan pinjaman berbentuk bantuan awal kepada pelajar yang hendak mendaftar di IPT sekiranya pelajar tidak mendapat bantuan Wang Pendahuluan daripada PTPTN atau sekiranya bantuan tersebut lambat diterima oleh pelajar. Bantuan awal daripada Yayasan Sarawak dinamakan Tabung Pusingan. Dalam konteks ini, PTPTN juga bersetuju untuk membuat potongan daripada pinjaman pelajar sebagai bayaran balik terhadap pinjaman Tabung Pusingan yang diperolehi daripada Yayasan Sarawak. Potongan akan hanya bermula pada semester ke 2 secara berperingkat;

6/ Pelajar yang mendapat tawaran daripada IPTS/IPMA boleh memohon bantuan awal daripada MARA dengan menghubungi Pejabat MARA Negeri Sarawak atau mana-mana pejabat cawangan MARA di Bahagian/Daerah;

7/ Yayasan Sarawak akan memberi pinjaman tambahan (top up) kepada pelajar sekiranya pinjaman yang diperolehi daripada PTPTN tidak mencukupi untuk menampung kos pengajian mereka, khususnya untuk menampung kos yuran;

8/ Yayasan Sarawak akan membantu serta bersetuju untuk menjadi pemudahcara bagi pihak PTPTN seperti menawarkan khidmat nasihat dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada pelajar Sarawak tentang pinjaman PTPTN, membantu pelajar mengisi borang permohonan PTPTN jika perlu serta membantu dalam apa jua aspek yang menjurus kepada pembentukan pemuafakatan serta kerjasama bagi faedah pendidikan anak-anak Sarawak;

9/ Kesemua persetujuan yang dicapai di atas juga tertakluk kepada polisi, syarat, criteria dan peruntukan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.