CENTRE FOR GRADUATE STUDIES

Zamalah Penyelidikan Naib Canselor

Garis Panduan

HADIAH ZAMALAH PENYELIDIKAN NAIB CANSELOR

Universiti Malaysia Sarawak

1. Syarat Memohon

Hadiah Zamalah Penyelidikan Naib Canselor diwujudkan khas untuk memberi pengiktirafan kepada graduan yang telah menunjukkan kecemerlangan akademik di peringkat prasiswazah dan seterusnya membiayai mereka melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana secara sepenuh masa di UNIMAS.

Penerima zamalah ini dikategorikan dalam golongan penerima yang berkaliber dan akan disenaraikan dalam buku Program Konvokesyen UNIMAS. Sehubungan dengan itu, 4 orang penerima Anugerah Akademik semasa konvokesyen akan dianugerahkan zamalah ini.

2. Syarat dan kelayakan Penerima ZPNC

2.1 Ditawarkan SECARA AUTOMATIK kepada semua Penerima Anugerah Akademik Majlis Konvokesyen.

2.2 Graduan akan mengikuti pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di UNIMAS secara sepenuh masa melalui penyelidikan.

2.3 Kriteria penerima adalah berdasarkan pencapaian akademik secara keseluruhannya. Namun begitu, kriteria-kriteria berikut juga turut diambil kira:

2.3.1 Keutamaan kepada bidang-bidang pengajian yang telah ditetapkan oleh Universiti.

2.3.2 Tajuk cadangan penyelidikan hendaklah berasaskan kepada bidang pengkhususan atau niche-area yang telah dikenalpasti dalam setiap Fakulti/Institut/Pusat.

2.3.3 Bakal penyelia yang akan dilantik telah dikenalpasti kewibawaanya dalam menyelia pelajar Ijazah Sarjana/PhD sebelum ini.

3. Permohonan

Borang ini perlu diisi oleh pelajar yang telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Akademik semasa Majlis Konvokesyen dengan mendapat sokongan daripada penyelia. Borang yang telah lengkap perlu dihantar ke PPS bersama dengan cadangan penyelidikan, resume serta semua dokumen sokongan yang berkaitan.

4. Kadar ZPNC

4.1 Pelajar yang terpilih akan menerima elaun sebanyak RM1,500.00 sebulan

4.2 Penerima anugerah ini dikecualikan dari membayar yuran pengajian, dan yuran peperiksaan di sepanjang pembiayaan mereka. Namun, yuran penginapan perlu dibiayai oleh pelajar sendiri

4.3 Mereka juga layak menerima elaun menghadiri persidangan dengan kos biayaan maksimum sebanyak RM1,000.00 setahun.

4.4 Bagi pelajar yang menangguh pengajian, pembayaran zamalah juga akan turut ditangguh sepanjang tempoh tersebut dan akan diuruskan terus secara pentadbiran setelah permohonan pelajar mendapat kelulusan F/I/P.

4.5 Permohonan tangguh pengajian bukan atas sebab kesihatan, akan dikira dalam tempoh pengajian pelajar. Namun, pembiayaan zamalah untuk tempoh yang ditangguh tidak akan dibayar kepada pelajar dan boleh diambil tindakan terus secara pentadbiran.

4.6 Permohonan tangguh pengajian atas sebab kesihatan tidak akan dikira dalam tempoh pengajian pelajar. Tempoh pembiayaan zamalah kepada pelajar akan dipanjangkan mengikut tempoh tangguh yang telah diluluskan dan boleh diambil tindakan terus secara pentadbiran.

4.7 Bagi pelajar yang menangguh/digantung/ditamat/diberhentikan dari pengajian, pembayaran zamalah juga akan turut ditangguh/digantung dan diberhentikan. Urusan ini boleh terus diambil tindakan secara pentadbiran. Status laporan pelajar akan dibawa ke Mesyuarat JK Pemilih Zamalah Siswazah UNIMAS untuk makluman dan rekod.

5. Tempoh ZPNC

5.1 Tempoh pembiayaan zamalah ini adalah untuk 2 tahun bagi program Sarjana. Tiada perlanjutan diberikan selepas tempoh pembiayaan ini.

5.2 Di dalam tempoh pembiayaan, perlanjutan biayaan dari tahun ke tahun adalah tertakluk kepada prestasi/pencapaian akademik pelajar.

5.3 Untuk pelajar yang membuat penangguhan pengajian, pembayaran zamalah juga turut ditangguh sepanjang tempoh tersebut dan boleh diuruskan terus secara pentadbiran setelah permohonan pelajar mendapat kelulusan F/I/P.

6. TANGGUNGJAWAB PELAJAR YANG MENERIMA ZAMALAH

6.1 Penerima ZPNC mesti bersedia secara sukarela sekiranya diminta oleh F/I/P untuk menjadi Pembantu Kelas Amali/ Penunjuk Ajar Makmal/ Tutoran. Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi 10 jam seminggu. Untuk tujuan ini pelajar hanya perlu memaklumkan kepada penyelia projek pelajar terbabit.

6.2 Semua penerima ZPNC diwajibkan untuk mendapat dua (2) orang penjamin.

7. Penamatan dan Pembayaran Balik Zamalah

7.1 Zamalah boleh ditarik balik dari penerima zamalah sekiranya tidak menunjukkan prestasi akademik yang memuaskan, menyalahi mana-mana syarat atau melanggar tatatertib universiti. Dalam kes seperti ini, penerima perlu membayar balik sepenuhnya jumlah zamalah yang telah dibayar kepada mereka.

7.2 Penerima yang gagal menamatkan pengajian atau gagal memperolehi Ijazah Sarjana yang didaftarkan turut dikehendaki membayar balik semua jumlah zamalah yang telah diterima.

7.3 Jumlah pembayaran zamalah yang telah diterima bagi kes pelajar di bawah perkara 7.1 dan 7.2, akan ditambah 6% dari jumlah yang telah dibiayai dan yang akan dikenakan ke atas pelajar.

8. Perjanjian

8.1 Penerima zamalah perlu menandatangani dokumen kontrak perjanjian yang disediakan oleh Universiti.

9. Hak Universiti

Universiti Malaysia Sarawak berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada kemudahan zamalah yang disediakan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.