Majlis Amanat Pengarah Pusat Pengajian Siswazah PPS 2023

Majlis amanat Pengarah PPS 2023 bersama semua staf Pusat Pengajian Siswazah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Wan Azlan bin Wan Zainal Abidin.

Perlantikan Pengarah Baharu Pusat Pengajian Siswazah

1 April 2022
Pusat Pengajian Siswazah,UNIMAS (PPS) telah menerima perlantikan Pengarah baharu pada tanggal 16 Mac 2022 iaitu, Profesor Dr Wan Azlan Wan Zainal Abidin yang merupakan bekas Timbalan Pengarah di PPS sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu. Beliau merupakan Pengarah yang ke-5 dilantik untuk menerajui PPS sejak ianya ditubuhkan.

 Profesor Dr Wan Azlan Wan Zainal Abidin yang dilantik sebagai Pengarah di PPS ini adalah berlatar belakangkan bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik dari Fakulti Kejuruteraan. Beliau menggantikan Pengarah Kanan, Profesor Dr Fasihuddin Bin Badruddin Ahmad yang telah berkhidmat di PPS sejak  2015 yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada Prof Dr Fasihuddin di atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan kepada PPS.

Majlis Perpisahan buat Prof Dr Fasihuddin telah diadakan pada 01 April  2022 dan majlis telah dihadiri oleh semua staf dan pegawai di PPS bertempat di Lobi, Aras  1, Pejabat  PPS. Terima kasih diucapkan kepada Prof Dr Fasihuddin di atas kesudian menghadiri majlis sederhana yang pihak kami adakan.

TAHNIAH diucapkan kepada Profesor Dr Wan Azlan Wan Zainal Abidin di atas lantikan ini.

Mesyuarat Pengurusan Pertama dipengerusikan oleh Pengarah baharu Pusat Pengajian Siswazah

25 Mac 2022
Alhamdulillah, mesyuarat pertama pengurusan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) yang diadakan dengan dipengerusikan oleh Pengarah baharu PPS, Profesor Dr Wan Azlan Wan Zainal Abidin telah berjaya dijalankan pada tarikh 25 Mac 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat PPS, Aras 1. Sejarah pertama di PPS dan akan ada beberapa perubahan baharu yang positif bakal berlaku di PPS selepas ini.

Majlis Berbuka Puasa Warga Pusat Pengajian Siswazah Bersama Pasangan

09 April 2022
Satu majlis yang amat istimewa yang julong-julong kali diadakan oleh Warga kerja Pusat Pengajian Siswazah  (PPS). Program untuk majlis  ini  telah dirancang awal oleh Pengarah PPS, Prof Dr Wan Azlan sendiri bersama isteri tercinta beliau, Doktor Masyitah yang merupakan seorang doktor gigi di klinik ANMAS. Boss yang sangat sporting serta isteri yang cukup mesra dengan kami warga kerja di PPS telah sama-sama berbuka  puasa dengan staf klinik gigi isteri Prof Wan Azlan.

Suasana berbuka puasa amat meriah sekali dengan kehadiran  semua warga kerja PPS dengan pasangan masing-masing serta sajian menu yang pelbagai dan sedap-sedap belaka. Program majlis berbuka  puasa seperti ini telah merapatkan lagi silaturrahim sesama staf.

Terima kasih Pengarah PPS, Prof Wan Azlan serta isteri.

Program Infaq Bubur Lambuk sempena Ramadhan Al-Mubarak Pusat Pengajian Siswazah

22 April 2022
Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UNIMAS telah berjaya melaksanakan satu program yang cukup bermakna untuk warga PPS dan pelajar siswazah UNIMAS. Program  yang diberi nama Program Infaq Bubur Lambuk ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di mana ianya telah melibatkan semua warga PPS berkerjasama menyediakan bungkusan bubur lambuk sebanyak 500 unit untuk disumbangkan kepada pelajar siswazah yang masih berada di Kolej dan ada di antara pelajar yang tidak balik ke kampung beraya.

Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan warga PPS bersama para pelajar siswazah UNIMAS.  Selain itu, 30 unit bubur lambuk ini turut disumbangkan kepada para pelajar   pra siswazah di 10 buah fakulti dan ianya telah diedarkan ke fakulti-fakulti melalui staf PPS. Program ini telah dijalankan dengan cukup meriah sekali dan penyampaian sumbangan bubur lambuk ini telah dilakukan sendiri oleh Pengarah PPS  dan Timbalan Pengarah sekali bertempat di ruang lobi PPS Aras G.

Bersama berkongsi sedikit rezeki di bulan baik Ramadhan Al Mubarak.

Program Sumbangan Qaseh Ramadhan oleh Pusat Pengajian Siswazah, UNIMAS

26 April 2022
Program sumbangan ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan cukup meriah pada tarikh 26 April 2022 dengan melibatkan semua warga Pusat Pengajian Siswazah dan pihak pencuci bangunan di Canselori, UNIMAS. Terdapat 15 orang pencuci bangunan di Canselori yang telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan barang-barang keperluan asas harian seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan pelbagai lagi bahan-keperluan asas lain. Dapat dilihat kecerian pada wajah penerima yang terdiri dari kalangan pihak pencucui bangunan ini yang telah menerima sumbangan ini dari Pengarah dan Timbalan Pengarah PPS. Sumbangan ini merupakan hasil kutipan individu dari kalangan warga PPS sendiri yang ingin berkongsi sedikit rezeki bersama yang memerlukan.

Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan lagi rasa rendah diri dalam setiap kita sebagai hamba NYA yang sentiasa merasa syukur di atas segala nikmat yang ada.

Hari Istimewa Bergambar Raya untuk Warga Pusat Pengajian Siswazah

26 April 2022
Hari yang cukup meriah dan ditunggu-tunggu oleh warga Pusat Pengajian Siswazah (PPS) memandangkan hari  ini adalah hari istimewa untuk kami semua berseronok bergambar Raya untuk dijadikan foto kenangan bagi warga PPS bergambar raya beramai-ramai. Dengan baju raya segak bergaya berbaju melayu untuk yang lelakinya, manakala yang perempuannya berbaju kurung warna-warni berlatar belakangkan pemandangan kampus  UNIMAS yang cantik menjadikan foto kami cukup cantik dan menarik.

Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir dan Batin buat semua, dari kami di Pusat  Pengajian Siswazah, UNIMAS.

Program Rumah Terbuka Aidilfitri UNIMAS di Bangunan Canselori, UNIMAS

13 Mei 2022
Program ini merupakan anjuran pihak UNIMAS Corporate dan hanya melibatkan semua PTj-PTj yang bertempat di bangunan Canselori, UNIMAS sahaja. Program diadakan pada 13 Mei 2022 bertempat di Dataran Canselori Aras G UNIMAS. Setiap PTj diminta menyediakan menu berdasarkan Negeri-negeri dalam Malaysia.

Pusat Pengajian Siswazah telah diminta untuk menyediakan menu dari Negeri Sabah dan menu utama yang dipilih oleh PPS adalah Nasi Kuning Sabah. Menu ini telah disediakan dengan kerjasama semua warga PPS yang bertungkus lumus membuat persediaan awal ruang hiasan booth masing-masing serta penyediaan makanan nasi kuning yang diletak dalam bekas plastik telah disusun dan dihias dengan cantik sekali di booth PPS. Antara hidangan yang cukup menarik perhatian para pengunjung yang terdiri daripada warga UNIMAS sendiri pagi itu termasuklah ahli Lembaga Pengarah Universiti yang turut menjadi tetamu kehormat pada program ini adalah minuman teh dan kopi Sabah yang dihidangkan dalam keadaan panas dan sejuk.

Kemeriahan Aidilfitri yang menandakan kemenangan di bulan Syawal bagi setiap jiwa yang telah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan Al Mubarak.